• Main
  • News

????✨ Salam Aidiladha buat seluruh warga SK Kerubong ✨????

Sempena Hari Raya Aidiladha ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua murid, ibu bapa dan warga SK Kerubong yang dikasihi ❤️

Semoga sambutan Aidiladha tahun ini membawa seribu keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi hubungan bersama keluarga tercinta. Gunakanlah masa cuti ini untuk berehat, meluangkan masa bersama insan tersayang dan mencipta kenangan indah bersama keluarga ✨

Kepada anak-anak murid SK Kerubong, jangan lupa jaga diri, jaga adab dan manfaatkan masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah ????

Semoga segala urusan dipermudahkan dan perjalanan pulang ke kampung sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidiladha,
Maaf Zahir & Batin ????????

Ikhlas daripada,
Puan Rahayu binti Mohd Thith
Guru Besar SK Kerubong

Serta seluruh warga SK Kerubong @KERIS


Read More