
????PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BIL. 5/2025
????️ Isnin, 21 Julai 2025
⏰ 7.40 - 8.10 Pagi
???? Dewan Ummi Mujtahidah
Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai pelengkap kepada aktiviti tahunan unit beruniform di sekolah-sekolah.
Dalam perhimpunan bulanan ini setiap unit beruniform dikehendaki mengendalikan perhimpunan rasmi sekolah dengan dibimbing oleh guru penasihat unit beruniform berkenaan.
Alhamdulillah, Perhimpunan Kokurikulum Bil. 5/2025 telah dilaksanakan dengan jayanya pada pagi ini di bawah kelolaan Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM).
Terima kasih diucapkan kepada semua guru penasihat dan ahli-ahli PPIM yang terlibat. Diharapkan aktiviti ini dapat membentuk murid-murid supaya bertanggungjawab dan mendapat pengalaman untuk mengendalikan perhimpunan.
#PendidikanManusiawi@KERIS
#TransformasiBerinovasiInsaniahMadaniBerintegriti
#SKKHebatHebatHebat