
Pertandingan Malaysia Techlympics Zon Selatan
????29 Julai 2025
????KKTM Ledang, Johor
Tahniah buat pasukan KERIS DYNABOT iaitu Pasukan Robot Tempur SK Kerubong kerana telah menjadi Johan Negeri Melaka dalam Pertandingan Malaysia Techlympics Peringkat Zon Selatan.
Pasukan ini dianggotai oleh Adik Ahmad Fikri, Endry Syahmi, Izzat Durrani dan Muhammad Furqan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dengan menewaskan robot-robot tempur dari sekolah lain.
Kejayaan yang membanggakan ini bukan sahaja mengangkat nama sekolah di peringkat negeri dan juga peringkat zon selatan, malah menjadi bukti usaha gigih dan semangat juang yang tinggi dalam diri anak didik SK Kerubong.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan Rahayu binti Mohd Thith, Guru Besar SK Kerubong serta barisan pentadbir, jurulatih dan guru pengiring, guru-guru serta ibu bapa yang sentiasa memberikan bimbingan, dorongan dan sokongan yang berterusan sepanjang perjalanan kejohanan ini.
Pasukan ini akan mewakili Negeri Melaka ke peringkat kebangsaan pada bulan November nanti. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.
#PendidikanManusiawi@KERIS
#TransformasiBerinovasiInsaniahMadaniBerintegriti
#SKKHebatHebatHebat