????MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA PROGRAM IHYA’ RAMADAN????
????️ TARIKH : 13 Mac 2026
????️ MASA : 7.30 pagi
???? TEMPAT : Dewan Ummi Mujtahidah
????️ Anjuran : Panitia PAIBA
✨Daripada Abu Umamah al-Bahili bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ;-
“Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”(Hadis Riwayat Muslim)✨
Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi. Majlis ini juga merupakan usaha bagi meraikan dan mengiktiraf kejayaan murid yang berjaya menghabiskan bacaan 30 juzuk, sekaligus memberi inspirasi buat murid lain agar terus membaca dan mencintai Al-Quran .
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana Majlis Khatam Al-Quran Sempena Program Ihya’ Ramadan peringkat Sekolah Kebangsaan Kerubong yang dianjurkan oleh Panitia PAIBA telah berjalan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, guru-guru dan murid-murid yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga majlis ini menjadi satu titik permulaan bagi warga SK Kerubong untuk sentiasa membaca Al-Quran????????????
#KerubongIntelligentSchool@KerIS
#PendidikanBermutu,Insan Terdidik,NegaraSejahtera
#TEAMjpnmelaka
#SKKHEBAT