• Main
  • News

????MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN 1447H/2026M????

????️ TARIKH : 16 Mac 2026
????️ MASA : 7.30 pagi
???? TEMPAT : Dewan Ummi Mujtahidah
????️ Anjuran : Panitia PAIBA

Alhamdulillah dipanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana Majlis Penutupan Program Ihya’ Ramadan peringkat Sekolah Kebangsaan Kerubong telah berjalan dengan jayanya. Seiring dengan pemergian ramadan yang tak lama lagi akan pergi meninggalkan kita , program ihya’ ramadan juga turut melabuhkan tirai dengan penuh rasa kesyukuran dan penghayatan dalam diri murid untuk sentiasa mengukuhkan nilai-nilai ibadah dan akhlak bukan sahaja dalam bulan ramadan bahkan sepanjang masa dalam kehidupan harian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak pentadbir, Ketua Panitia PaiBa , penyelaras program , guru-guru dan murid-murid yang terlibat dalam menjayakan program ihya’ ramadan pada tahun ini. Semoga majlis ini menjadi satu titik permulaan bagi warga SK Kerubong untuk sentiasa melakukan amal kebaikan walaupun selepas ramadan.

Semoga keberkatan bulan ramadan dapat dirasai dan kita dapat lagi berjumpa dengan bulan yang penuh mulia ini pada masa akan datang in sha Allah????????✨


#KerubongIntelligentSchool@KerIS
#PendidikanBermutu,Insan Terdidik,NegaraSejahtera
#TEAMjpnmelaka
#SKKHEBAT