MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU ????????
????️ TARIKH : 6 April 2026
⏰ MASA : 7.40 Pagi
???? TEMPAT : Dewan Ummi Mujtahidah
????️ Anjuran : Panitia Bahasa Melayu
Majlis Pelancaran Program Minggu Bahasa Melayu bagi sesi 2026 adalah satu inisiatif pihak sekolah bersama Panitia Bahasa Melayu bagi merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang selaras dengan dengan kurikulum Bahasa Melayu iaitu bagi melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam urusan harian.
Program ini merupakan satu program yang telah
dirangka dengan tujuan untuk melahirkan murid yang berani dan berketerampilan dalam mengasah bakat mereka dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan disamping menggunakan Bahasa Melayu yang gramatis dan berkomunikasi dengan lebih sopan dan bermakna.
Pelbagai aktiviti menarik berkaitan yang akan dilaksanakan sepanjang minggu ini seperti pertandingan bercerita, permainan bahasa, tulisan berangkai dan lain-lain. Diharapkan agar murid-murid lebih berminat menyertai pertandingan supaya dapat mengenali dan mencintai Bahasa Melayu kerana ia adalah Bahasa Ibunda kita.
#KerubongIntelligentSchool@KerIS
#Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
#TEAMjpnmelaka
#SKKHEBAT